Pengalaman Bercuti Seminggu di Taiwan

Share this article on :

Artikel ini mengandungi pengalaman peribadi dan perkongsian santai oleh Nabihah (@nabihahash).

Siapa sangka negara Taiwan begitu mesra pelancong Muslim? Taiwan merupakan destinasi yang mudah diakses terutamanya di Taipei dengan pelbagai kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan tren, serta tidak memerlukan visa untuk warga Malaysia. Saya berpeluang untuk menjelajah Taiwan pada Disember tahun lalu bersama tiga kawan rapat. Berikut merupakan itinerari dan bajet untuk perjalanan 7 hari 6 malam ini dengan kos sebanyak RM2,000 (tidak termasuk makanan dan cenderahati)!

Hari 1 (3/12/2023)

Pada jam 9:20 pagi, kami menaiki penerbangan Malaysia Airlines dari KLIA ke Taoyuan Airport dan tiba pada jam 2:20 petang. Setelah melalui proses imigresen dan kastam, kami mengambil peluang untuk mendaftar dalam cabutan bertuah yang dianjurkan oleh Tourism Board of Taiwan. Untuk penyertaan, kami mendaftar di laman web https://5000.taiwan.net.tw/index_en.html sehari sebelum berlepas ke Taiwan. Malangnya, kami tidak Berjaya tetapi pemenang boleh mendapatkan kupon diskaun bernilai $5,000 NTD (RM 751.99)! Ini boleh digunakan untuk tempahan hotel di Taiwan atau pembelian di 7 Eleven/Watsons.

Makan malam di Indo Suara berdekatan Exit Y23 Taipei Main Station
(@nabihahash)
Tiket tren ke Hualien
(@nabihahash)

Selepas itu, kami menaiki Tren MRT dari Taoyuan Airport ke Taipei Main Station. Tiket tren ini percuma kerana Taiwan Tourism MY memberikan tiket-tiket ini melalui promosi di halaman Facebook mereka. Setibanya di sana, kami mencari makanan halal di Taipei Station Underground Mall. Tip untuk mencari makanan halal ialah dengan menuju ke Exit Y23 di mana terdapat banyak kedai makanan halal Indonesia. Selepas makan malam, kami menaiki kereta api ke Hualien. Kami tiba di stesen kereta api Hualien pada jam 9 malam lalu berjalan kaki ke penginapan kami, Love Hualien Hostel.

Hari 2 (4/12/2023)

Kami check-out awal kerana telah membuat tempahan pemandu peribadi untuk melawat Taroko Gorge/Hualien. Pada jam 8 pagi, pemandu kami, Encik Ba Zhongde, menjemput kami dari penginapan kami. Taroko Gorge memang menakjubkan dan menjadi sorotan utama perjalanan kami di Taiwan.

(@nabihahash)

Pada jam 5 petang, pemandu kami membawa kami kembali ke hostel. Setelah mengambil bagasi, kami bergerak ke stesen kereta api Hualien pada jam 7 malam kembali ke Taipei. Pada jam 9:30 malam, kami mendaftar masuk di Beimen Wow Poshtel, sebuah ‘poshtel’ yang menggabungkan konsep hostel dan hotel.

Hari 3 (5/12/2023)

Hari ini, kami melawat Longshan Temple, kuil tertua di Taipei dan Bopiliao Historic Block, bangunan yang telah wujud sejak Dinasti Qing. Di Bopiliao, terdapat juga bilik solat untuk Muslim. Kami makan tengah hari di Chang’s Halal Beef Noodle, di mana Taiwan Tourism Board memberikan beef noodles secara percuma kepada pelancong Malaysia/Singapura sehingga 31 Disember 2023.

Selepas makan tengah hari, kami melawat 7 Eleven bertemakan Hello Kitty dan Ximending yang mempunyai suasana yang sama dengan Myeongdong, Korea. Pada waktu malam pula, kami pergi ke pasar malam Ningxia yang berdekatan dengan poshtel kami.

Muslim Prayer Room di Bopiliao Historic Block (@nabihahash)
50 Lan: Jenama Bobba Tea yang popular di Taiwan
(@nabihahash)
Makan tengah hari di Chang Beef Noodle
(@nabihahash)
Bergambar di Ximending
(@nabihahash)
Tanghulu di Ningxia Night Market
(@nabihahash)

Hari 4 (6/12/2023)

Hari ini kami menyertai group tour oleh Klook ke Yehliu Geopark, Yin Yang Sea, Jiufen Waterfall, Jiufen Street, Houtong Cat Village, Shifen Waterfall dan Shifen Old Street. Sesi melepaskan lentera di Shifen Street menjadi pengalaman yang indah sekali. Pada malam pula, kami mencuba makanan tempatan di Fried Chicken Master.

Shifen Waterfall
Jiufen Street
Jiufen Waterfall

Hari 5 (7/12/2023)

Pagi ini, kami melawat National Taiwan Museum, Miniature Museum dan Museum of Contemporary Art Taiwan. Kami makan tengah hari di Muslim Beef Noodles Restaurant, di mana kami mendapat hidangan percuma melalui promosi Taiwan Tourism Board. Petang itu, kami melawat Chiang Kai Shek Hall dan berbelanja di Taipei 101 Shopping Centre. Sesi melawat Taipei 101 Observatory pada waktu senja turut memberikan pemandangan yang memukau.

Tiket ke National Taiwan Museum
Pemandangan dari Chiang Kai Shek Hall
Makan tengah hari di Muslim Beef Noodle
Chiang Kai Shek Hall
Arah kiblat di Taipei 101 Observatory Centre!
Pemandangan dari Tingkat 91
Bergambar di Taipei Observatory Deck
Taipei 101

Hari 6 (8/12/2023)

Pagi ini, kami melawat Daan Park dan Taipei Grand Mosque. Setelah solat Jumaat, kami menjelajah Huashan 1914 Creative Park dan kembali ke Ximending untuk sesi membeli-belah terakhir. Malam itu, kami berkunjung ke Raohe St Night Market, di mana terdapat gerai halal yang menjual kebab.

Taipei Grand Mosque
Photobooth di Ximending
Makanan halal dibeli di bazar masjid

Hari 7 (9/12/2023)

Hari terakhir kami di Taiwan, kami mengunjungi Museum of Contemporary Art dan Taiwan Miniature Museum sebelum bergerak ke Taoyuan Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Museum of Contemporary Art Taipei
Salah satu pameran di Museum of Contemporary Art Taipei

Ringkasan Bajet (RM1,966/orang)

ButiranKos (RM)
MAS tiket pergi balik KL-TPE-KL + 20kg bagasi + makanRM866
2H1M di Love Hualien Hostel (2 bilik private + bilik air private)RM68/pax
6H5M di Beimen WOW Poshtel (2 bilik deluxe double)RM526/pax
Taroko Gorge trip persendirian oleh KKDayRM91/pax
Jiufen/Shifen/Houtong/Yehliu group tour oleh KlookRM100
Lantera di Shifen StreetRM10/pax
Tambang seminggu untuk Bas Taipei + Tren MRTRM30
Tiket (1 way) MRT Taipei Main Station ke Taipei AirportRM23
Tiket Taipei National Museum + MoCA + Miniature Museum oleh KlookRM30
Tiket Taipei 101 observatory oleh KlookRM74
Yehliu Geopark oleh KlookRM15
JumlahRM1966

Related posts

Discover One Bangkok: Thailand’s New Mega Lifestyle Destination

Bangkok’s skyline has a dazzling new addition: One Bangkok, a sprawling mixed-use development that promises to be more than just a shopping... Read More

5 Must-Visit Cafes in Taiwan for Coffee Lovers and Digital Nomads

When you think of Taiwan, bubble tea or boba might be the first drink that comes to mind. But in recent years,... Read More

Meet Moodeng: The Pygmy Hippo Charming Visitors at Khao Kheow Zoo, Thailand

Khao Kheow Open Zoo, located in Chonburi, Thailand, has become a global destination thanks to its adorable star, Moodeng, the pygmy hippo.... Read More

Search

December 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31

January 2025

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
Size
Price
Amenities
Search

December 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
0 Groups

Compare listings

Compare

Compare experiences

Compare